Assalammualaikum w.r.t & Salam Perpaduan buat semua,
Wohoho buat kamu, kamu & kamu.Tahun 2011 menjelma 3 (tiga) bulan sudah.Bagaimana persediaan kamu, kamu & kamu yang akan menghadapi SPM2011? Seandainya belum bersedia, mulalah dari detik ini *lepas baca entri cikgu ni*
Seperti yang telah digembar-gemburkan sebelum cuti sekolah yang lalu, result SPM 2010 akan diumumkan esok (Rabu,22 Mac 2011).Cikgu harap semuanya selamat hendaknya, Amin.
Bagi calon-calon SPM 2011, cikgu harap kamu, kamu & kamu persiapkan diri masing-masing. SPM sekali sahaja dalam hidup *kalau ada nawaitu nak repeat,baiklah lupakan* SPM semasa berusia 17 atau 18 tahun adalah pengalaman paling bermakna jika dikenang nanti bila tua-tua. SPM ketika sudah tua-tua kurang enak rasanya. Percayalah. Apa yang cikgu sudah lalui bakal kamu, kamu & kamu lalui nanti.
Salam sayang buat kamu, kamu & kamu